|
Jangan paksa diri anda
jika sukar untuk memahami penerangan ini
kerana ia untuk
tujuan pembuktian secara teknikal sahaja!
Bagi memahami kaedah Power
Factor ini saya akan tunjukkan rajah kuda sedang menarik
keretapi seperti di bawah:

Untuk memahami apa itu
Power Factor, andaikan seekor kuda yang sedang menarik
sebuah keretapi di atas landasan. Kuda tersebut hanya
boleh menarik keretapi tersebut dari sisi landasan
sahaja kerana kuda tidak dapat bergerak lebih pantas di
atas landasan. Ini bermakna kuda tersebut sedang
menggunakan tenaganya yang dikenali sebagai 'total
(apparent) power' untuk menarik keretapi tersebut.
Tenaga yang digunakan oleh keretapi untuk bergerak di
atas landasan pula dikenali sebagai 'working (real)
power'.
Oleh kerana kedudukan kuda
tersebut semasa menarik adalah berada di sisi keretapi,
maka tidak semua tenaga kuda dapat dioptimumkan,
walaupun hakikatnya kuda tersebut telah menggunakan
seluruh tenaganya!. Oleh itu pembaziran tenaga kuda
berlaku dan pembaziran tersebut adalah 'nonworking
(reactive) power'.
Kedudukan iaitu sudut
dimana kuda tersebut berada semasa menarik keretapi
tersebut adalah dipanggil Power Factor, dimana ia
adalah nisbah antara 'working (real) power' dan 'total
(apparent) power'. Formulanya adalah seperti berikut:
Power
Factor = Working (Real) Power
Total (Apparent) Power
Sebenarnya semakin hampir
kuda tersebut dengan landasan, maka semakin banyaklah
tenaga yang dapat digunakan untuk menarik keretapi
tersebut. Dengan kata lain semakin kuranglah pembaziran
tenaga kuda tersebut.
Oleh yang demikian nilai
'working (real) power' tadi akan semakin menyamai dengan
'total (apparent) power'. Jadi, semakin lama nilai
nisbah antara keduanya akan menghampiri kepada 1.
Apabila Power Factor menghampiri 1, maka 'reactive
(nonworking) power' akan menghampiri kepada 0. Ini
bermakna tiada pembaziran langsung pada tenaga kuda
tersebut!
|
Contoh
perkiraan Power Factor;
Dalam satu
ujikaji nilai berikut di ambil contoh:

Real
Power = 100 kW, Apparent Power = 142 kVA,
Reactive Power= 100 kVAR
Real power
adalah nilai tenaga yang dikira di dalam bil
penggunaan semasa.
Power Factor = 100
142
= 0.70 atau 70%
Sebanyak 70% tenaga elektrik yang digunakan
di rumah atau premis anda. 30% lagi tenaga
tidak digunakan atau berlaku
pembaziran!
Melalui Penggunaan Teknologi Power Saver;
Setiap unit
Power Saver ini mengandungi kapasitor yang
bertujuan untuk menambahkan tenaga.
Andaikan
penambahan tenaga sebanyak 67kW dilakukan
menggunakan kapasitor di dalam
Power Saver ini, maka Apparent Power
telah dikurangkan daripada 142 kVA kepada
105kVA,(seolah-olah kuda berada paling
dekat dengan landasan) maka nilai Power
Factor kini adalah:
Power Factor = 100
105
= 0.95 atau 95%
Hasilnya
95% tenaga elektrik yang anda
terima digunakan secara optimum di rumah
atau premis anda. Ini bermakna semakin
kurang pembaziran yang terhasil
kerana 95% adalah tenaga optimum.
Dengan itu ia
menjadi semakin jimat! Iaitu
hanya 5% sahaja pembaziran berbanding tidak
menggunakan Power Saver.
|
|